Tuesday, 24 February 2015

Faizal tak disenarai ke Australia

'Faizal tak disenarai ke Australia'






SUKAN





Faizal tak disenarai ke Australia



Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


FAIZAL (kanan) bakal terlepas kem latihan bersama pasukan negara di Australia bermula 6 Mac depan ekoran gagal menghadiri sesi latihan sejak hampir sebulan lalu.



PENYERANG skuad hoki negara, Faizal Saari, 24, digugurkan daripada senarai 21 pemain yang akan menyertai kem latihan di Australia bermula 6 Mac depan.

Ia gara-gara penyerang kontroversi Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu gagal menghadirkan diri sepanjang sesi latihan selepas tamat Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Singapura bulan lalu termasuk enam perlawanan persahabatan menentang Mesir baru-baru ini.

Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad mengakui, tidak adil buat pemain-pemain lain yang bertungkus lumus dalam setiap sesi latihan sekiranya Faizal terpilih ke Australia biarpun 'hilang' begitu lama sebelum ini.

"Saya sudah bertemu dengan para pemain dan kami berbincang secara baik, setiap bulan akan ada satu mesyuarat antara kami dan ini adalah yang kedua diadakan. Kami berbincang mengenai perancangan pasukan dan pemain-pemain yang tidak disiplin.

"Kami sudah umum 21 pemain ke Australia tetapi pasangan adik-beradik (Faizal dan Mohd. Fitri Saari) tidak tersenarai. Ini bukan satu hukuman kepada Faizal tetapi tak adil buat para pemain jika dia terpilih.

"Tindakan kepada Faizal itu akan dibincang semula kerana buat masa ini belum ada keputusan lagi. Matlamat saya tetap sama, saya tak boleh jaga seorang pemain kerana saya ada 25 pemain. Seorang pemain tidak menjadikan ia sebuah pasukan.

"Isu-isu sebelum ini tidak timbul dalam kalangan pemain seperti duit yang dijanjikan, itu adalah bonus kepada mereka tetapi saya ber­puas hati mereka tetap bersema­ngat dan memberikan komitmen tinggi. Malah, masih lagi sebagai satu pasukan," katanya ketika dihubungi Kosmo! selepas tamat mesyuarat di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Dalam perkembangan sama, Nur Azmi yang juga pengurus pasukan hoki negara mengakui, kem latihan di Australia merupakan sesi pemilihan pemain ke Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Ipoh, Perak pada April depan.

"Pemain-pemain yang bagus telah terpilih ke Australia. S. Kumar baru pulang daripada Liga Hoki India, jadi dia minta rehat selama dua minggu. Muhammad Shahril Saabah masih mengalami kecederaan dan Shukri (Mutalib) masih belum pasti dapat pergi atau tidak.

"Kami akan ada enam perlawanan persahabatan termasuk tiga kali bertemu skuad utama Australia yang akan menyertai PSAS nanti. Saya juga lihat persiapan kami ke pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Belgium (Jun depan) berjalan sangat lancar," jelasnya.







LikeTweet

No comments:

Post a Comment