Tuesday, 10 February 2015

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Liga Super 2015

'Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Liga Super 2015'

Musim baru Liga Super 2015 telahpun bermula dengan saingan pembuka tirai iaitu Piala Sultan Hj. Ahmad Shah 2015 atau Piala Sumbangsih 2015 antara juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bertemu juara Piala Malaysia 2014, Pahang berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada JDT FC. Saingan 12 pasukan kali ini pastinya sengit apatah masing-masing telah berbelanja besar membawa masuk pemain-pemain baru sama ada pemain tempatan ataupun pemain import berkualiti. Pasukan JDT FC sekali lagi pastinya berusaha mempertahankan gelaran yang dimenangi musim lalu sambil 11 pasukan lain juga pastinya akan memberikan tentangan sengit antara satu sama lain.

Bual Sukan turut menjangkakan bahawa setiap pasukan pastinya ingin turut sama mengelakkan zon penyingkiran ke saingan Liga Premier 2016 akan datang dengan berusaha memanfaatkan perlawanan di gelanggang sendiri serta bersaing di gelanggang lawan. Setiap peluang dan ruang yang dicipta untuk menjaringkan gol pastinya akan sedaya upaya dimanfaatkan oleh setiap pasukan. Berikut adalah Keputusan Perlawanan Liga Super 2015 :
31 Januari 2015 (Sabtu)
JDT FC lwn Pahang – Piala Sultan Hj. Ahmad Shah 2015 @ Piala Sumbangsih 2015 (2-0)
JDT FC : Marcos Antonio, Luciano Figeroa

7 Februari 2015 (Sabtu)
Terengganu lwn Selangor (2-0)
Terengganu : Ismail Faruqi, Gustavo Lopez

Felda United lwn Sarawak (3-3)
Felda United : Bojan Miladonovic, Makache Ndumba, Edward Junior Wilson 
Sarawak : Billy Mehmet, Hairol Mokhtar, Shahrol Saperi

Perak lwn Sime Darby FC (2-0)
Perak : Nurridzuan, Namkung Woong

ATM FA lwn Kelantan (0-2)
Kelantan : Nor Hazrul, Erwin Carillo 

Singapore Lions XII lwn PDRM FA (5-3)
Singapore Lions XII : Gabriel Quak, Faris Ramli, Izzdin Syafiq, Hafiz Sujad, Sahil Suhaimi
PDRM FA : Dramane Traore (3)
LikeTweet

No comments:

Post a Comment