Tuesday, 24 February 2015

Banyak hutang, Parma bakal diisytihar muflis

'Banyak hutang, Parma bakal diisytihar muflis'






SUKAN





Banyak hutang, Parma bakal diisytihar muflis





STADIUM Ennio Tardini turut dinilai pihak berkuasa pada Ahad lalu sebelum mahkamah semalam menetapkan tarikh mendengar keputusan sama ada Parma diisytihar muflis atau tidak pada 19 Mac ini depan.



MILAN – Mahkamah Itali semalam menetapkan 19 Mac depan sebagai tarikh pendengaran keputusan muf­lis ke atas kelab liga Serie A, Parma FC dan masa depan pasukan tersebut akan ditentukan pada hari itu.

Ketua pasukan, Alessandro Lucarelli bersama pihak pentadbiran kelab serta Datuk Bandar Parma, Federico Pizzarotti dan wakil orga­nisasi induk bola sepak Itali hadir di mahkamah yang menetapkan tarikh tersebut.

"Situasi tadi (semalam) jelas me­nunjukkan kami sedang menunggu keputusan mahkamah untuk mengisytiharkan bankrap ke atas kelab ini," ujar Lucarelli.

Parma menanggung hutang sebanyak €100 juta (RM413.3 juta) serta gagal menjelaskan tunggakan cukai bernilai RM70.3 juta.

Selain itu, Jawatankuasa Serie A turut mendenda kelab tersebut kerana gagal membayar gaji pemain sejak musim panas baru-baru ini.

Minggu lalu, penyata kewangan kelab itu turut didedahkan bagi memberi hak kepada mahkamah untuk membuat pengisytiharan muflis ke atas Parma.

Dalam pada itu, pihak berkuasa dilapor melakukan anggaran nilai ke atas semua kelengkapan yang dimiliki Parma termasuk stadium pada Ahad lalu dan perlawanan kelab tersebut menentang Udinese juga akan dibatalkan.

Bagaimanapun, Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali (FICG), Carlo Tavecchio menegaskan, pihaknya sedang berusaha membantu Parma menghabiskan semua perlawanan musim ini.

"Parma akan menghabiskan musim ini. Terima kasih diucapkan kepada kelab-kelab yang bermain dalam Serie A kerana sudi me­minjamkan stadium mereka ketika Parma dijadualkan menjadi pasukan tuan rumah.

"Masalah ini (bankrap) berpunca daripada pemilik kelab Parma sebelum ini, Tommaso Ghirardi. Pihak Jawatankuasa Serie A dan FICG tidak akan membenarkan keadaan ini (perlucutan penyertaan Parma dalam liga) daripada terus berlaku," ujar Tavecchio.

Ghirardi menjual Parma kepada seorang usahawan Albania pada Di­sember lalu sebelum bertukar milik kepada Giampietro Manenti selang sebulan selepas itu.

Selepas mengambil alih, Manenti menghadapi masalah kewangan akibat menanggung hutang ditinggalkan pentadbiran sebelum ini dan terpaksa meminjam RM20.7 juta daripada FICG untuk terus bertahan. – AFP







LikeTweet

No comments:

Post a Comment