[unable to retrieve full-text content]
Thursday, 26 February 2015
Kembalikan semangat..pulihkan semangat... braso dok nnitas angin bilo gendang se...
Next game lawan Sarawak di Kuching saingan Piala FA. Kalah beerti terkeluar dari...
[unable to retrieve full-text content]
Acu taip TRW nak tengok semangat sek2 kito -AbeYa23-
[unable to retrieve full-text content]
-AbeYa23-
Hok mana bertolak dari kampung menuju ke destinasi perantauan tu hati hati dalam...
[unable to retrieve full-text content]
Annuar Kritik TRW Semua perlu dikaji, terutama oleh pengurus dan jurulatih. Sem...
[unable to retrieve full-text content]
Semua perlu dikaji, terutama oleh pengurus dan jurulatih. Semoga kekalahan ini menjadi ubat mustajab (untuk) mengharungi perlawanan seterusnya!
Baca lagi… http://kelate.net/annuar-musa-kritik-trw
Sarawak cukup kebal digelanggang sendiri, jadi kita perlu waspada dengan keupaya...
[unable to retrieve full-text content]
Kekalahan kepada PDRM adalah satu kejutan dan kita perlu melupakan ia secepat ya...
[unable to retrieve full-text content]
Bangkit Red Warriors!
kelate.net
Annuar mahu pemain lupakan kekalahan, fokus kepada Sarawak KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyeru The Red Warriors agar melupakan kekalahan mengaibkan 0-4 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), minggu lalu sebaliknya fokus kepada pertemuan Piala FA mene…
Saya mahu pastikan kita (Kelantan) turun dengan kekuatan maksimum dan saya nak p...
[unable to retrieve full-text content]
Piala FA: Kelantan Tekad Tebus Kecewa Temu Sarawak Di Kuching
kelate.net
KOTA BHARU: Kelantan akan turun dengan kekuatan maksimum menjelang aksi pertama Piala FA menentang Sarawak di Stadium Negeri di Kuching, Jumaat ini. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata pasukan Kelantan perlu kembali kepada prestasi sebenar selepas tewas 0-4 kep…
Kami akan menurunkan kesebelasan utama terbaik termasuk pemain import dalam meng...
[unable to retrieve full-text content]
Misi Jerat Ngap Sayot
kelate.net
Kota Bharu: Kelantan optimis mampu mengalahkan Sarawak pada pusingan kedua saingan Piala FA di Stadium Negeri, Kuching, esok. Meskipun gawang Kelantan bolos empat kali dalam perlawanan menentang PDRM, Sabtu lalu, pemain The Red Warriors (TRW) masih bersemangat melakukan yang terbaik bagi layak ke su…
Piala FA Pusingan KeduaKelantan vs SarawakStadium Negeri, Kuching845malam ini...
[unable to retrieve full-text content]
Kelantan vs Sarawak
Stadium Negeri, Kuching
845malam ini.
Ramalan dan Harapan Anda…
-AbeYa23-
Tuesday, 24 February 2015
Alonso belum pasti sertai ujian
SUKAN
Alonso belum pasti sertai ujian
SELEPAS menerima rawatan awal di litar, Alonso dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter dan keadaannya kini dilaporkan semakin pulih.
BARCELONA, Sepanyol – Meskipun Fernando Alonso dilaporkan semakin pulih selepas terlibat dalam kemalangan pada Ahad lalu, keadaan kesihatan pemandu berusia 33 tahun itu bagaimanapun masih belum jelas sama ada dia mampu menyertai sesi ujian terakhir di Barcelona minggu depan.
Semalam, pemandu pasukan Formula Satu (F1) McLaren Honda itu masih dirawat di wad hospital bagi membolehkan pakar perubatan menjalankan pemerhatian lanjut.
"Alonso semakin pulih di hospital. Dia juga berbual dengan keluarga, rakan dan staf hospital. Sejak terlibat dalam kemalangan, dia dibawa ke pusat kecemasan di litar untuk diberi rawatan awal.
Dia diberi ubat pelali dan dikejarkan ke hospital menggunakan pengangkutan udara.
"Setiba di hospital, Alonso menjalani analisis lengkap termasuk imbasan tomografi berkomputer (CT) dan pengimejan resonan magnetik (MRI) yang menunjukkan semuanya berkeadaan baik.
"Dia diberi ruang peribadi yang selesa dan diawasi pasukan perubatan yang memantau keadaannya selepas diberi ubat penenang.
"Kami memberi Alonso peluang untuk segera sembuh dan seterusnya membuat penilaian berdasarkan keadaan kesihatannya sama ada dia boleh menyertai sesi ujian di Barcelona atau tidak," ujar pihak McLaren Honda menerusi kenyataan rasmi pasukan itu semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, McLaren Honda turut menafikan jentera baharu mereka, MP4-30 yang terlibat dalam kemalangan tersebut mengalami masalah dan tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada keadaan angin kuat ketika kejadian.
"Sepanjang 24 jam lalu, kami melakukan analisis lengkap untuk mengenal pasti kerosakan jentera yang dipandu Alonso. Ia termasuk menganalisis data telemetri untuk memahami punca atau sebab kemalangan itu. Pada peringkat awal ini, kami berjaya mendapat beberapa keputusan.
"Angin kuat di luar jangkaan menjadi punca kemalangan yang turut berlaku ke atas pemandu Toro Rosso, Carlos Sainz Jr. Sehingga kini, tiada bukti menunjukkan kemalangan berpunca daripada kerosakan mekanikal atau seumpamanya.
"Kami juga ingin menegaskan tidak berlaku kehilangan tekanan aerodinamik pada jentera meskipun ia mempunyai hubung kait dengan tahap tekanan graviti.
"Data kami juga menunjukkan Alonso menggunakan brek pada tekanan sepatutnya ketika impak itu berlaku. Mustahil untuk mengatakan dia tidak sedar pada waktu itu," tambah kenyataan tersebut. – Agensi
Banyak hutang, Parma bakal diisytihar muflis
SUKAN
Banyak hutang, Parma bakal diisytihar muflis
STADIUM Ennio Tardini turut dinilai pihak berkuasa pada Ahad lalu sebelum mahkamah semalam menetapkan tarikh mendengar keputusan sama ada Parma diisytihar muflis atau tidak pada 19 Mac ini depan.
MILAN – Mahkamah Itali semalam menetapkan 19 Mac depan sebagai tarikh pendengaran keputusan muflis ke atas kelab liga Serie A, Parma FC dan masa depan pasukan tersebut akan ditentukan pada hari itu.
Ketua pasukan, Alessandro Lucarelli bersama pihak pentadbiran kelab serta Datuk Bandar Parma, Federico Pizzarotti dan wakil organisasi induk bola sepak Itali hadir di mahkamah yang menetapkan tarikh tersebut.
"Situasi tadi (semalam) jelas menunjukkan kami sedang menunggu keputusan mahkamah untuk mengisytiharkan bankrap ke atas kelab ini," ujar Lucarelli.
Parma menanggung hutang sebanyak €100 juta (RM413.3 juta) serta gagal menjelaskan tunggakan cukai bernilai RM70.3 juta.
Selain itu, Jawatankuasa Serie A turut mendenda kelab tersebut kerana gagal membayar gaji pemain sejak musim panas baru-baru ini.
Minggu lalu, penyata kewangan kelab itu turut didedahkan bagi memberi hak kepada mahkamah untuk membuat pengisytiharan muflis ke atas Parma.
Dalam pada itu, pihak berkuasa dilapor melakukan anggaran nilai ke atas semua kelengkapan yang dimiliki Parma termasuk stadium pada Ahad lalu dan perlawanan kelab tersebut menentang Udinese juga akan dibatalkan.
Bagaimanapun, Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali (FICG), Carlo Tavecchio menegaskan, pihaknya sedang berusaha membantu Parma menghabiskan semua perlawanan musim ini.
"Parma akan menghabiskan musim ini. Terima kasih diucapkan kepada kelab-kelab yang bermain dalam Serie A kerana sudi meminjamkan stadium mereka ketika Parma dijadualkan menjadi pasukan tuan rumah.
"Masalah ini (bankrap) berpunca daripada pemilik kelab Parma sebelum ini, Tommaso Ghirardi. Pihak Jawatankuasa Serie A dan FICG tidak akan membenarkan keadaan ini (perlucutan penyertaan Parma dalam liga) daripada terus berlaku," ujar Tavecchio.
Ghirardi menjual Parma kepada seorang usahawan Albania pada Disember lalu sebelum bertukar milik kepada Giampietro Manenti selang sebulan selepas itu.
Selepas mengambil alih, Manenti menghadapi masalah kewangan akibat menanggung hutang ditinggalkan pentadbiran sebelum ini dan terpaksa meminjam RM20.7 juta daripada FICG untuk terus bertahan. – AFP
United terdesak ke Liga Juara-Juara
SUKAN
United terdesak ke Liga Juara-Juara
MATA mengakui bahawa kekalahan United ketika menentang Swansea, Ahad lalu menjejaskan moral dan semangat The Red Devils.
LONDON – Pemain tengah Manchester United, Juan Mata menegaskan, adalah sangat penting bagi pasukannya itu layak beraksi pada kempen Liga Juara-Juara pada musim depan bagi mengekalkan status The Red Devils sebagai kelab gergasi bola sepak dunia.
Usaha mereka untuk memburu slot tersebut dilihat samar meskipun ketika ini berada pada kedudukan keempat Liga Perdana England dengan 47 mata berikutan wujudnya persaingan sengit dengan tiga pasukan lain seperti Tottenham Hotspur, Liverpool dan Southampton.
"Masih banyak lagi aksi liga yang perlu ditempuhi selepas ini. Selain itu, kami juga akan cuba untuk memenangi gelaran juara Piala FA yang mana ia adalah salah satu trofi yang sangat penting bagi kami.
"Sudah tentu penting bagi kami untuk kekal berada pada kelompok empat pasukan terbaik liga. Kami masih berbaki 10 perlawanan pada liga dan juga masih layak untuk beraksi dalam kempen Piala FA menentang Arsenal.
"Memang tidak dapat dinafikan bahawa cabaran dalam setiap baki perlawanan itu begitu sukar. Namun, kami turun dengan prestasi terbaik sekiranya tidak mahu berputih mata," ujar Mata.
Pemain berusia 27 tahun itu juga turut mengakui prestasi para pemain United sangat teruk ketika ini setelah tewas 1-2 dengan Swansea City pada perlawanan liga Sabtu lalu.
"Kekalahan kepada Swansea telah memberi kesan negatif terhadap prestasi dan juga moral pemain. Kami cuba melakukan yang terbaik apabila berada di atas padang, namun kami gagal," jelasnya. – Agensi
PKBM mahu selesai isu Beasley bulan ini
SUKAN
PKBM mahu selesai isu Beasley bulan ini
Oleh JALALUDDIN BAHARIN
jalaluddin.baharin@kosmo.com.my
PRESIDEN Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd. Wahab (gambar) mahu segera bersemuka dengan ketua jurulatih basikal trek negara, John Beasley bulan ini.
Menurut Abu Samah, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Exco yang mana mereka perlu mengadakan perbincangan dengan Beasley untuk menyelesaikan dengan segera kepincangan dalaman yang berlaku antara kedua-dua pihak termasuk isu tunggakan hutang PKBM sebanyak RM21,000 kepada Beasley.
Selain itu katanya, pada Khamis ini (esok), pihaknya juga akan menghadiri satu mesyuarat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan kemungkinan besar peluang tersebut akan digunakan oleh Beasley untuk membincangkan kemelut yang berlaku itu memandangkan dia juga turut terlibat dalam mesyuarat tersebut.
"Bagaimanapun, saya berharap ini hanya akan melibatkan Beasley, MSN dan PKBM sahaja dalam satu perbincangan tertutup. Saya juga akan meminta Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail untuk menjadi pengerusi pada majlis itu nanti.
"Itu semua bergantung kepada Ahmad Shapawi untuk mencari masa yang sesuai. Isu membabitkan hutang PKBM ini sebenarnya telah mencalarkan imej PKBM selaku badan induk sukan berbasikal negara dan saya mahu ia diselesaikan segera sebelum Beasley terbang ke Australia," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, Beasley melahirkan rasa kecewa terhadap PKBM bermula dengan insiden kekecohan di Lapangan Terbang Melbourne yang mana skuad berbasikal negara hampir terlepas penerbangan untuk menyertai Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat, Thailand.
Ketegangan antara kedua-dua belah pihak menjadi semakin panas setelah timbulnya isu PKBM berhutang RM21,000 kepada Beasley.
Ekoran itu, Ahmad Shapawi meminta agar pertemuan antara kedua-dua pihak dijalankan agar masalah yang berlaku itu dapat diselesaikan secara rundingan.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), Abu Samah berkata, proses pencalonan berjalan dengan lancar dan ia akan ditutup pada 13 Mac depan.
"Kita tengoklah nanti siapa yang dicalonkan untuk jawatan-jawatan yang dipertandingkan itu," jelasnya.
‘Lupakan kekalahan kepada PDRM’
SUKAN
'Lupakan kekalahan kepada PDRM'
Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my
APEK tekad mempamerkan aksi terbaik bagi mengelakkan gawang The Red Warriors dibocori pada perlawanan menentang Sarawak pada kempen Piala FA di Kuching, Jumaat ini.
PENJAGA gawang The Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat mahu rakan-rakan sepasukannya melupakan kekalahan mengaibkan 0-4 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabtu lalu, sebaliknya fokus untuk menentang Sarawak pada aksi pusingan kedua Piala FA di Kuching, Jumaat ini.
Khairul Fahmi atau Apek berkata, kekalahan kepada PDRM hujung minggu lalu wajar dijadikan sebagai pengajaran dalam usaha kembali memperkasakan pasukan untuk berdepan skuad Bujang Senang.
Menurut Apek, semangatnya dan rakan-rakan sepasukan tidak pernah luntur untuk meneruskan perjuangan dalam saingan Piala FA nanti.
"Saya dan rakan-rakan berjanji akan memberikan aksi terbaik pada pertemuan dengan Sarawak walaupun ia bukanlah satu tugas yang mudah, ditambah beraksi di tempat lawan.
"Sarawak cukup kebal di gelanggang sendiri, jadi kita perlu waspada dengan keupayaan mereka pada pertemuan itu nanti," katanya kepada Kosmo! di Kota Bharu semalam.
Apek memberitahu, Sarawak bukan sahaja memiliki pemain tempatan yang hebat, malah tonggak import mereka cukup bahaya jika diberikan banyak ruang.
"Kita perlu mengurangkan kesilapan pada perlawanan tersebut dan bermain penuh bersemangat kerana ini merupakan pertemuan hidup mati bagi saingan Piala FA 2015," ujarnya.
Menurut Apek, Kelantan perlu menang pada pertemuan itu sekiranya mahu merebut kejuaraan Piala FA musim ini.
Katanya, dia optimis rakan-rakan sepasukan mampu bangkit berdepan dengan Sarawak dan mampu melakar keputusan positif dalam perlawanan itu nanti.
"Setiap peluang yang ada perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan kita tidak boleh mempersia-siakannya jika mahu melangkah lebih jauh," katanya.
Johor DT mula langkah bergaya
SUKAN
Johor DT mula langkah bergaya
Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my
SAFEE (kiri) meraikan kejayaan Safiq menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti ketika membantu Johor DT menewaskan East Bengal 4-1 dalam aksi Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi.
SEPAKAN akrobatik penyerang negara, Safee Sali menghiasi persembahan bergaya skuad Johor Darul Takzim (Johor DT) apabila wakil negara itu memulakan kempen Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan menewaskan wakil dari India, East Bengal FC 4-1 pada aksi pertama Kumpulan F di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi.
Turun pada penampilan sulung dalam kempen kelab di Asia itu, skuad kendalian Bojan Hodak memburu kemenangan pertama dalam tiga perlawanan selepas tewas 0-1 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seri 1-1 dengan Selangor dalam saingan Liga Super, Sabtu lalu.
Setelah merombak hampir keseluruhan skuad yang seri dengan Selangor tempoh hari dengan merehatkan tiga pemain import, Luciano Fiugueroa, Jorge Pereyra Diaz dan Marcos Antonio, percaturan Hodak menurunkan Safee Sali buat kali pertama sebagai penyerang mereka membuahkan hasil apabila pemain itu menyumbang gol pertamanya buat Johor DT dengan sepakan akrobatiknya.
Sebelum itu, strategi 4-5-1 yang digunakan Hodak jelas berhasil apabila pasukan juara Liga Super 2014 tersebut terlebih dahulu memperoleh tiga gol menerusi Nazrin Nawi, Safiq Rahim dan S. Chanturu sebelum tendangan akrobatik Safee melengkapkan tiga mata pertama mereka di hadapan lebih 12,000 penyokong sendiri.
Pada perlawanan semalam, kedua-dua pasukan bermula agak hambar pada awal permainan dengan saling menguji benteng pertahanan lawan masing-masing dengan hantaran jauh.
Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan mula mendapat rentak yang dicari apabila melancarkan beberapa percubaan tepat ke atas pintu gol East Bengal FC menerusi percubaan Safee, Safiq dan Chanturu.
Johor DT akhirnya berjaya memperoleh gol pertama pada minit kesembilan apabila Nazrin Nawi menewaskan penjaga gol lawan, Abhijit Mondal menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti selepas Chanturu dijatuhkan.
Namun, pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35 selepas sepakan penyerang import Nigeria, Soleye Ranti Martins menerusi sepakan percuma tertampan kepada pemain Johor DT, sekali gus menewaskan penjaga gol Mohd. Izham Tarmizi.
Begitupun kedudukan 1-1 itu tidak bertahan lama apabila Johor DT kembali di depan hasil sepakan penalti Safiq dua minit kemudian selepas bola terkena tangan pemain pertahanan East Bengal FC.
Namun, babak kedua mula menyaksikan Harimau Selatan bermula dengan garang dengan meledakkan gol ketiga menerusi Chanturu yang menerima hantaran cantik Jasazrin Jamaluddin setelah pemain itu bijak melepasi perangkap ofsaid pada minit ke-47.
Selepas itu tiba pula giliran penyerang negara, Safee untuk menggamatkan stadium Larkin ini apabila menambah gol keempat Harimau Selatan dengan sepakan akrobatiknya selepas menerima hantaran lambung yang cantik daripada pemain sayap, Nazrin.
Meskipun East Bengal FC cuba mengejar kedudukan dengan melancarkan serangan bertali arus ke arah pintu gol tuan rumah, namun keputusan itu terus kekal sehingga tamat permainan.
Selepas ini, Johor DT akan berkunjung ke Stadium Jalan Besar pada 10 Mac depan untuk menentang wakil Singapura, Balestier Khalsa bagi aksi kedua Kumpulan F.
Faizal tak disenarai ke Australia
SUKAN
Faizal tak disenarai ke Australia
Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my
FAIZAL (kanan) bakal terlepas kem latihan bersama pasukan negara di Australia bermula 6 Mac depan ekoran gagal menghadiri sesi latihan sejak hampir sebulan lalu. |
PENYERANG skuad hoki negara, Faizal Saari, 24, digugurkan daripada senarai 21 pemain yang akan menyertai kem latihan di Australia bermula 6 Mac depan.
Ia gara-gara penyerang kontroversi Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu gagal menghadirkan diri sepanjang sesi latihan selepas tamat Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Singapura bulan lalu termasuk enam perlawanan persahabatan menentang Mesir baru-baru ini.
Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad mengakui, tidak adil buat pemain-pemain lain yang bertungkus lumus dalam setiap sesi latihan sekiranya Faizal terpilih ke Australia biarpun 'hilang' begitu lama sebelum ini.
"Saya sudah bertemu dengan para pemain dan kami berbincang secara baik, setiap bulan akan ada satu mesyuarat antara kami dan ini adalah yang kedua diadakan. Kami berbincang mengenai perancangan pasukan dan pemain-pemain yang tidak disiplin.
"Kami sudah umum 21 pemain ke Australia tetapi pasangan adik-beradik (Faizal dan Mohd. Fitri Saari) tidak tersenarai. Ini bukan satu hukuman kepada Faizal tetapi tak adil buat para pemain jika dia terpilih.
"Tindakan kepada Faizal itu akan dibincang semula kerana buat masa ini belum ada keputusan lagi. Matlamat saya tetap sama, saya tak boleh jaga seorang pemain kerana saya ada 25 pemain. Seorang pemain tidak menjadikan ia sebuah pasukan.
"Isu-isu sebelum ini tidak timbul dalam kalangan pemain seperti duit yang dijanjikan, itu adalah bonus kepada mereka tetapi saya berpuas hati mereka tetap bersemangat dan memberikan komitmen tinggi. Malah, masih lagi sebagai satu pasukan," katanya ketika dihubungi Kosmo! selepas tamat mesyuarat di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.
Dalam perkembangan sama, Nur Azmi yang juga pengurus pasukan hoki negara mengakui, kem latihan di Australia merupakan sesi pemilihan pemain ke Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Ipoh, Perak pada April depan.
"Pemain-pemain yang bagus telah terpilih ke Australia. S. Kumar baru pulang daripada Liga Hoki India, jadi dia minta rehat selama dua minggu. Muhammad Shahril Saabah masih mengalami kecederaan dan Shukri (Mutalib) masih belum pasti dapat pergi atau tidak.
"Kami akan ada enam perlawanan persahabatan termasuk tiga kali bertemu skuad utama Australia yang akan menyertai PSAS nanti. Saya juga lihat persiapan kami ke pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Belgium (Jun depan) berjalan sangat lancar," jelasnya.